NADI X KESEDARAN: KEMPEN INTERNET SELAMAT @ SJK(C) PAY CHIAO
20 Ogos 2025 | Aktiviti TerkiniPada 19 Ogos 2025 bersamaan hari Selasa, Kempen Internet Selamat di SJK(C) Pay Chiao telah dilaksanakan oleh Petugas NADI dengan penglibatan daripada NADI Air Panas, NADI Batang Melaka, NADI Masjid Baru, NADI Felda Tun Ghafar Air Kangkong, NADI Kampung Terentang & NADI Kesang Barat. Tujuan utama program ini adalah untuk meningkatkan kefahaman murid mengenai asas penggunaan Internet, memahami had umur penggunaan media sosial, menyedarkan mereka tentang ancaman siber, serta membantu murid mengenal pasti pilihan aktiviti alternatif yang lebih sihat dan bermanfaat di luar media sosial.
Aktiviti Utama:
- Penerapan Minta: Pecah Ruyung
Pengenalan asas literasi digital, had umur penggunaan media sosial, kesedaran risiko buli siber & pengantunan seksual dalam talian
- Pelajaran 1: Stesen Literasi Digital
Memahami konsep asas internet, fungsi media sosial & jenis aplikasi melalui aktiviti interaktif
- Pelajaran 2: Stesen Had Umur Media Sosial
Mengenal pasti had umur minimum platform popular
- Pelajaran 3: Stesen Bahaya Media Sosial 1
Mempelajari risiko buli siber, kandungan berbahaya, privasi serta saluran melapor isu dalam talian
- Pelajaran 4: Stesen Bahaya Media Sosial 2
Mengenal pasti kandungan tidak senonoh & taktik pemangsa, serta perlindungan diri
- Pelajaran 5: Stesen Alternatif Media Sosial
Menjelajahi aktiviti masa lapang yang kreatif & seimbang selain penggunaan media sosial
Secara keseluruhannya, sesi ini telah memberi peluang kepada pelajar untuk memahami literasi digital dengan lebih mendalam, mengenal pasti risiko ancaman siber, mengetahui peranan ibu bapa dan orang dewasa sebagai saluran pelaporan, serta menanam kesedaran bahawa masa lapang boleh diisi dengan aktiviti positif selain media sosial.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: